2007 Petikan Ucapan
Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi ~ Perdana Menteri Malaysia Pada MAJLIS PERLANCARAN RAKAN MUDA FASA 2 Di Kompleks Rakan Muda Kiara , Kuala Lumpur Pada 29 Mei 2007 .
"Generasi muda hari ini perlu bersiap sedia untuk mewarisi kepimpinan Negara dan akan menjadi pekerja di sektor swasta yang sekaligus menjadi pencetus tenaga raksaksa pada masa hadapan ."
"Generasi muda juga perlu mengisi dada mereka dengan semangat dan ilmu pengetahuan supaya mereka boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam apa jua peranan. "
"Jika di zaman Pak Lah dulu segalanya bermula dengan 'zero', nermula pada peringkat tidak ada apa-apa untuk adakan sesuatu, oleh itu rebutlah peluang supaya dapat majukan diri sendiri supaya suatu masa nanti boleh berkhidmat kepada Bangsa dan Negara."
Y.B Dato' Seri Azalina Dato' Othman Said
Menteri Belia Dan Sukan
Semasa Pelancaran Kad Keahlian Rakan Muda
Di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Pada 18 Ogos 2007
"Besarlah harapan saya agar program seumpama ini akan mampu untuk menarik seberapa ramai mungkin golongan muda untuk menyertai Rakan Muda. Sebagai nilai tambah kepada program Rakan Muda, setiap individu yang mendaftar sebagai ahli akan diberikan kad keahlian. Kad ini adalah bertujuan sebagai mekanisma pengumpulan data dan pengiktirafan kepada mereka yang mendaftar sebagai ahli rakan muda.""Saya berkeyakinan penuh bahawa dengan sokongan daripada semua pihak, Insyaalah program Rakan Muda di bawah Rakan Muda Fasa II ini akan memberi impak yang cukup besar dalam perkembangan generasi muda di negara kita."
0 comments:
Post a Comment