Jambori Rakan Muda 2007

|


lunch time !! (T.T)
kita hiking !!!! banyak semut !
Kumpulan 5 Jambori Rakan Muda

Laporan Jambori Rakan Muda Peringkat Negeri~ Pulau Pinang

Pada hari 7 Disember 2007, Kelab Rakan Muda Parlimen Bukit Bendera telah menghantar 5 peserta(Simon Khoo Boo Chye, Low Sook May, Teo Siew Ling, Tham Li Ping, Tan Chow Lin) ke Kem Latihan PLKN Teluk Nipah Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah.Kami berkumpul pada pukul 8.30 petang di Kompleks Belia dan Sukan. Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi dan tiba di kem PLKN pada pukul 11.00 pagi. Kami mendaftar dahulu apabila tiba dan diberi taklimat di dalam dewan.

Pada hari itu sepatutnya mempunyai 210 peserta, tetapi hanya 134 peserta yang hadir. Dalam 134 peserts tersebut, hanya mempunyai 13 peserta berbangsa Cina dan 3 peserta berbangsa Indian. Peserta-peserta yang menghadiri dari Kelab Rakan Muda Parlimen Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah, University Sains Malaysia, University Islam Antarabangsa, UiTA, IPTA/IPTA dan Polis Diraja.Ice-breaking yang dijalankan selepas makan sarapan pagi. Kami diedarkan bilik.Pada malam tersebut, kami tidak mendengar sebarang ceramah kerana penceramah itu mempunyai sedikit masalah dalam perjalanan dan ceramah ii ditukar pada hari Ahad pagi.Pada pukul 10.30 malam, kami pun masuk ke bilik untuk tidur.

Pada hari 8 Disember 2007, kami bangun pada hari 6.00 pagi. Sebelum makan sarapan pagi, kami mempunyai senaman pagi iaitu berjoging, membuat senaman aerobic dan peserta yang lewat didenda.Selepas makan sarapan pagi, kami pun mendaki bukit. Apabila mendaki bukit, kami mendapati banyak semut,tetapi kami pun dapat mengharungi masalah-masalah yang kami hadapi.Apabila kami turun dari bukit, jalanan itu amat curam dan mempunyai banyak peserta jatuh. Peserta-peserta pun saling tolong-menolong. Apabila kami sampai ke pantai Merdeka, kami berehat sebentar sebelum balik ke kem PLKN. Selepas berehat, kami pun menjalan aktiviti latihan halangan. Peserta-peserta dikehendaki melalui 6 station. Kenam-enam station ini telah menunjukkan semangat bekerjasam antara ahli kumpulan masing-masing. Banyak peserta telah menjatuh ke dalam kolam yang kotor dan busuk. Selepas itu, kami bermandi dan makan malam. Selepas makan malam, kami pun menghadiri satu ceramah bertajuk “Malaysia Gemilang” yang diceramah oleh En. Mohamad Puzi Bin HJ. Hassan P.K.T.. Beliau ialah Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Cawangan Pulau Pinang.Selepas kami ceramah, kami membuat persembahan kumpulan-kumpulan masing-masing. Hanya kumpulan kelima tidak memyembahkan sembahan mereka kerana tidak membuat latihan lagi dan diminta masa untuk membuat latihan daripada urusetia. Selepas membuat sembahan, kami pun balik ke bilik untuk berehat.

Pada 9 Disember 2007 ialah hari terakhir kami disitu. Kami bangun pada pukul 6.00 pagi dan membuat senaman. Selepas makan sarapan pagi, ceramah telah dijalankan. Ceramah yang harus dijalan sepatutnya ialah Polis Diraja yang bertajuk “Salah Laku Remaja Masa Kini dan Kesannya Kepada Generasi Akan Datang”, tatepi telah ditukar ke ceramah pada hari Jumaat yang bertajuk “Anjakan Paradigma”. Ceamah ini diceramah oleh Mohd Sukor Hj. Md. Yusoff. Beliau ialah pensyarah UiTM Pulau Pinang, Ahli Majlis Perundingan Belia Negara dan Pensyarah PLKN. Selepas ceramah ini, kami pun menghadiri majlis penutup. Pengarah Jabatan Belia Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Abd. Jalil Bin A. Rashid dan EXCO Belia Dan Sukan Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Komuniti Negeri Pulau Pinang, YB. Dato’Hajah Jahara Bt Hamid telah menghadiri majlis penutupan tersebut.Selepas majlis itu dijalankan, penilaian telah diberi oleh urusetia. Kami saling bersalam antara peserta-peserta dan mengambil foto dengan peserta-peserta. Selepas makan tengah hari, kami pun pulang ke Kompleks Belia Dan Sukan.Pada pukul 3 petang, kami pun tiba ke Kompleks Belia Dan Sukan.


Yang Dilaporkan oleh,
Low Sook May
Tarikh: 10 Disember 2007

0 comments: