Kem Y2Y ~ ( Youth 2 Youth )

|





Laporan Kem 3-Hari 2-Malam di Naza Hotel

Kelab Rakan Muda telah menganjurkan satu kem 3 hari 2 malam Y2Y remaja di Naza Hotel. Di sana terdapat 109 peserta bersama dengan 20 orang kaunselor. Kami membuat pendaftaran di dewan. Saya dan ahli kelab kami telah mendapat bilik nombor 707 dan 708 masing-masing.

Pada pukul 8.30 malam, program pertama dalam kem tersebut iaitu Ice-breaking. Melalui program tersebut, kami mendapat mengenali banyak kawan dari sekolah dan wakli Kawasan lain. Semasa Ice-breaking sedang menjalankan, salah satu ahli kelab kami, Ng Kean Wei,mulutnya dihantam oleh telur yang dibuang oleh urusetia.

Pada pukul 8 pagi hingga 12.45 petang keesokkan harinya, kami telah menghadiri kursus mengenai patriolisme, kenegaraan, kemahiran kepimpinan, kesukarelaan dan kemasyarakatan. Selepas makan tengah hari, kami pun menghadiri taklimat tentang Psikologi dan Kaunselling antara jam pukul 2 petang hingga 5 petang. Selepas makan malam, kami menghadiri Latihan Dengan Kaunselor pada pukul 8.30 malam hingga 11 malam. Latihan tersebut berakhir lewat daripada masa yang tertentu kerana peserta melayu dari Kawasan lain enggan memberikan pertolongan dan bantuan kepada kaunselor.

Pada hari yang terakhir, selepas makan sarapan pagi, kami menghadiri Latihan Dengan Kaunselor pada pukul 8 hingga 11.45 pagi. Di samping itu, kami juga telah menghadiri Majlis Penutup bagi Program Kominiti Belia Remaja Y2Y Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Selepas makan tengah hari, kami pun pulang ke Komplek Belia dan Sukan.


Laporan disediakan oleh,
Yong Hui Liang

0 comments: