Kem Bengkel Pembangunan Sukarelawan Rakan Muda Di Pantai Merdeka,Kedah pada 18 April 2008

|

Pada 18 April 2008, wakil peserta daripada Rakan Muda Bukit Bendera telah berkumpul di kompleks Belia dan Sukan iaitu Nicholas Choo, Ng Kean Wei, Yong Hui Liang, Yeap Yong Chyuan, Teh Weng Hon, Yap Wei Li, Loh Swee Lai dan Looi Ching Chuen pada 2.30 petang.Selepas mendaftar, kami pun bertolak dengan bas yang disediakan pada 3 petang.

Selepas 45 minit kemudian,kami pun tiba di pusat latihan Pantai Merdeka dan seterusnya masuk bilik untuk mengemaskan barang. Selepas itu, kami pun berkumpul di dewan untuk menyertai program ice-breaking. Sepanjang program dijalankan , pembahagian kumpulan berjalan dengan rancak kerana peserta-peserta enggan bekerjasama.Program akhirnya diselesaikan maka kami diberi makanan dan beristirehat di bilik.

Pada pukul 8 malam, kami bermakan malam dan menghadiri Taklimat BPRM yang diucapkan oleh Encik Aslaman Bin Hamzah tentang pengenalan konsep sukarelawan Rakan Muda dan peranannya dalam penggunaan kuasa pemuda untuk berkhidmat dalam masyarakat. Kira-kira 12 tengah malam, kami pun balik ke dalam bilik untuk tidur.

Pada keesokan hari,kami dikehendaki bangun pada pukul 6 pagi dan salah seorang wakil kami, Teh Weng Han telah jatuh sakit .Namun begitu fasilitator enggan bertolak ansur dan menyuruhnya masuk ke dewan kuliah .Wakil tersebut beritahu bahawa dia boleh bertahan maka kami pun terus dengan Taklimat Fungsi,Peranan dan Tataacara Pengurusan Kelab Rakan Muda yang dibentangkan oleh Cik Hartini Binti A.Jaabar. Taklimat ini adalah mengenai pengurusan kelab, jawatan dan aktiviti yang berfaedah kepada para peminpin untuk menjayakan kelab. Seterusnya ialah ceramah Pengenalan Sukarelawan Rakan Muda (Skuad RM Idol) yang mewatakkan sebagai imej Kelab dan menyumbangkan tenaga kepada masyarakat dan negara secara sukarela. Sebaik-baik tamatnya program,kami pun diberi makan tengah hari.Seterusnya ,program diteruskan dan wakil Teh Weng Hon masih berasa pening.Kursus yang diteruskan adalah mengenai pengenalan aktiviti Skuad RM Idol. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan termasuklah khidmat masyarakat,sukan-sukan, kursus-kursus dan lain-lain. Pada pukul 5.00 hingga 9.00 malam,kami telah berehat secukupnya dan meneruskan Ceramah Peranan Sukarelawan dalam Program ARD oleh Encik Saiful Anuar. Ceramah tersebut memahamkan kami tentang kepentingan sikap kesukarelawan dan sukarelawan masyarakat yang bersikap penyayang. Pada pukul 11.30malam, kami pun balik tidur.

Pada petang hari tersebut,sekumpulan peserta Melayu telah cuba bergaduh dengan peserta Cina dengan alasan mengganggu mereka yang berseronok malam tadi. Mereka mengajak untuk berlawan tetapi kami bersabar.Akhirnya ,kes ini telah diselesaikan dengan perdamaian antara dua pihak.

Pada hari terakhir,kami juga bangun seperti biasa pada pukul 6 pagi dan menyertai tatacara penyediaan kertas kerja dan profile projek yang diacara oleh Encik Shukor lagi. Beliao mengajar kami cara untuk menyediakan projek aktiviti.Pada pukul 1.00petang, kami pun makan tengah hari dan pulang.

0 comments: