Jambori Rakan Muda 2007

| 0 comments


lunch time !! (T.T)
kita hiking !!!! banyak semut !
Kumpulan 5 Jambori Rakan Muda

Laporan Jambori Rakan Muda Peringkat Negeri~ Pulau Pinang

Pada hari 7 Disember 2007, Kelab Rakan Muda Parlimen Bukit Bendera telah menghantar 5 peserta(Simon Khoo Boo Chye, Low Sook May, Teo Siew Ling, Tham Li Ping, Tan Chow Lin) ke Kem Latihan PLKN Teluk Nipah Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah.Kami berkumpul pada pukul 8.30 petang di Kompleks Belia dan Sukan. Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi dan tiba di kem PLKN pada pukul 11.00 pagi. Kami mendaftar dahulu apabila tiba dan diberi taklimat di dalam dewan.

Pada hari itu sepatutnya mempunyai 210 peserta, tetapi hanya 134 peserta yang hadir. Dalam 134 peserts tersebut, hanya mempunyai 13 peserta berbangsa Cina dan 3 peserta berbangsa Indian. Peserta-peserta yang menghadiri dari Kelab Rakan Muda Parlimen Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah, University Sains Malaysia, University Islam Antarabangsa, UiTA, IPTA/IPTA dan Polis Diraja.Ice-breaking yang dijalankan selepas makan sarapan pagi. Kami diedarkan bilik.Pada malam tersebut, kami tidak mendengar sebarang ceramah kerana penceramah itu mempunyai sedikit masalah dalam perjalanan dan ceramah ii ditukar pada hari Ahad pagi.Pada pukul 10.30 malam, kami pun masuk ke bilik untuk tidur.

Pada hari 8 Disember 2007, kami bangun pada hari 6.00 pagi. Sebelum makan sarapan pagi, kami mempunyai senaman pagi iaitu berjoging, membuat senaman aerobic dan peserta yang lewat didenda.Selepas makan sarapan pagi, kami pun mendaki bukit. Apabila mendaki bukit, kami mendapati banyak semut,tetapi kami pun dapat mengharungi masalah-masalah yang kami hadapi.Apabila kami turun dari bukit, jalanan itu amat curam dan mempunyai banyak peserta jatuh. Peserta-peserta pun saling tolong-menolong. Apabila kami sampai ke pantai Merdeka, kami berehat sebentar sebelum balik ke kem PLKN. Selepas berehat, kami pun menjalan aktiviti latihan halangan. Peserta-peserta dikehendaki melalui 6 station. Kenam-enam station ini telah menunjukkan semangat bekerjasam antara ahli kumpulan masing-masing. Banyak peserta telah menjatuh ke dalam kolam yang kotor dan busuk. Selepas itu, kami bermandi dan makan malam. Selepas makan malam, kami pun menghadiri satu ceramah bertajuk “Malaysia Gemilang” yang diceramah oleh En. Mohamad Puzi Bin HJ. Hassan P.K.T.. Beliau ialah Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Cawangan Pulau Pinang.Selepas kami ceramah, kami membuat persembahan kumpulan-kumpulan masing-masing. Hanya kumpulan kelima tidak memyembahkan sembahan mereka kerana tidak membuat latihan lagi dan diminta masa untuk membuat latihan daripada urusetia. Selepas membuat sembahan, kami pun balik ke bilik untuk berehat.

Pada 9 Disember 2007 ialah hari terakhir kami disitu. Kami bangun pada pukul 6.00 pagi dan membuat senaman. Selepas makan sarapan pagi, ceramah telah dijalankan. Ceramah yang harus dijalan sepatutnya ialah Polis Diraja yang bertajuk “Salah Laku Remaja Masa Kini dan Kesannya Kepada Generasi Akan Datang”, tatepi telah ditukar ke ceramah pada hari Jumaat yang bertajuk “Anjakan Paradigma”. Ceamah ini diceramah oleh Mohd Sukor Hj. Md. Yusoff. Beliau ialah pensyarah UiTM Pulau Pinang, Ahli Majlis Perundingan Belia Negara dan Pensyarah PLKN. Selepas ceramah ini, kami pun menghadiri majlis penutup. Pengarah Jabatan Belia Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Abd. Jalil Bin A. Rashid dan EXCO Belia Dan Sukan Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Komuniti Negeri Pulau Pinang, YB. Dato’Hajah Jahara Bt Hamid telah menghadiri majlis penutupan tersebut.Selepas majlis itu dijalankan, penilaian telah diberi oleh urusetia. Kami saling bersalam antara peserta-peserta dan mengambil foto dengan peserta-peserta. Selepas makan tengah hari, kami pun pulang ke Kompleks Belia Dan Sukan.Pada pukul 3 petang, kami pun tiba ke Kompleks Belia Dan Sukan.


Yang Dilaporkan oleh,
Low Sook May
Tarikh: 10 Disember 2007

Kem Gaya Hidup Rakan Muda

| 0 comments


Laporan Kem Gaya Hidup di Mas Pinang,
Pulau Pinang

Pada 5 Disember 07,kami telah menyertai Kem Gaya Hidup di Mas Pinang Resort Batu Feringgi ,Pulau Pinang. Pada hari tersebut, kami telah berkumpul di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut pada kira-kira 1.30pm dan bertolak ke destinasi pada pukul 2.00pm dengan bas. Selepas tiba di Resort, kami terus dibahagikan bilik dan setelah siap segalanya kami pun menjamu selera di kantin.

Selepas itu, kami balik ke bilik untuk berehat dan mandi. Pada 8.00pm,Encik Adnan bin Ali, penceramah kami telah memperkenalkan dirinya yang sebagai seorang sukarelawan yang menggembara ke negara-negara yang berlainan seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Jepun dan Hong Kong. Ice-Breaking juga dilancarkan kepada peserta-peserta untuk memperkenalkan diri kepada rakan dan bermulalah ceramah pertama yang bertema rukun kursus yang menjelaskan peraturan semasa kursus seperti mesti ada pen dan kertas untuk merekodkan apa yang diberitahu, senyapkan fon semasa kursus dan lain-lain lagi. Selain itu, pelbagai masalah juga ditimpa oleh peserta-peserta semasa kursus seperti perasaan bosan, selalu berbual-bual, tidur dan tidak menumpu perhatian. Pada pertengahan kursus, Simon, Weng Khong dan William juga mengunjungi kami. Kursus telah tamat pada 12.00am dan kami balik ke bilik masing-masing untuk berehat.

Pada hari kedua, iaitu 6 Disember 07, kami telah menyedarkan diri pada 6.00am dan berkumpul di lapangan pada pukul 7.00am, En Adnan dan Encik Rosli telah memberikan senaman aerobic yang seronak. Selepas senaman, kami telah menikmati sarapan dan menerima ceramah yang kedua daripada En Rosli yang mengenai zaman remaja uyang memang dialami oleh peserta-peserta. Zaman remaja bermaksud masa peralihan dari alam kanak-kanakke alam dewasa yang lebih matang. Perubahan tersebut memberikan perasaan ingin tahu, berdikari dan mencari identity diri kepada remaja. Petua untuk berjaya juga diberikan iaitu kesedaran dan keinsafan terhadap aspek-aspek pendirian, keinginan untuk tahu mengenai diri, memupuk keyakinan diri, keberanian dan konsisten.

Pada tengah hari, kami telah makan tengah hari dan meneruskan ceramah membuat aerobik dan “stretching” yang ditunjukkan oleh En Adnan seperti mengangkat orang, “leg and hand stretching” dan senaman otot. Selepas itu, kami membentangkan logo, lagu, moto, sorakan kumpul;an masing-masing dan bertanding menyelesaikan tugas yang diarahkan mengikut kumpulan dan jantina. Kami telah bermain mengikat tangan dan membukanya secepat mungkin dan mencantumkan benang yang diberikan kepada yang terpanjang dengan semangat bekerjasama yang sepenuhnya oleh ahli kumpulan dan kumpulan perempuan telah menang dengan benang yang panjang sekali. Pemainan telah diteruskan hingga ke malam dan kami berehat di bilik masing-masing.

Pada hari ketiga,7 Disember 07, seperti biasa kami juga bangun dan berkumpul di lapangan untuk senaman oleh urusetia. Selepas senaman kami juga menikmati sarapan dan bermulalah “explorace”yang dianjurkan oleh urusetia. Kami bertindak mengikut kumpulan dan diarahkan untuk melakukan aktiviti seperti mangangkat botol berisi air, menyamar itik berjalan di dalam kolam renang, cabaran membuat piramid cawan kertas, berjalan dengan tutup mata dan berkaki ayam dan akhirnya mendirikan istana pasir. Pada pengakhiran, penghulu kami, Azuan dilempar ke dalam laut dengan tenaga rakan-rakan. Kami bermain hingga petang dan lelaki telah menukar bilik ke kem tentera yang lebih jauh dan berehat.

Pada malam, kami menjamu makanan dan membuat rumusan dan komen terhadap permainan petang tadi dan kami pun balik ke bilik pada 12.00am dan masuk kea lam mimpi.

Pada hari keempat, iaitu 8 Disember 07, kami juga bersenam dan sarapan pagi seperti biasa. Selepas itu, kami masih bermain “explorace” yang lebih mencabar dari segi fizikal dan mental dengan mencari klue-klue yang tersembunyi berhalakan tips-tips yang diberikan dan menjawab soalan yang teretera di atas klue-klue yang dicari. Ia memang meletihkan tetapi seronok apabila berjaya menghabiskan semua tugas-tugas. Permainan telah tamat pada lewwat petang dan kami berehat seketika. Pada pukul 7.00pm, kami menerima arahan untuk mempersembahkan program seperti lakonan, nyanyian dan lain-lain lagi. Kumpulan kami diarahakan untuk membuat lakonan dan kami berlatih dengan gigih tanpa mengena letih.

Pada malam tersebut, kami menjamu makan malam yang enak sekali dan mempersembahkan lakonan kami yang lucu. Selepas itu, kami juga bermain permainan “music box” dan music akan dimainkan dan peserta yang mengambil kotak apabila musik dihentikan akan didenda membuat aksi yang ditunjukkan oleh urusetia. Selain tiu, saya, Xiu Ni, Kean Wei, Yvonne juga menyanyi sebuah lagu. Kumpulan-kumpulan juga diberikan hadiah-hadiah dan dibahagikan kepada ahli kumpulan dan malam berakhirlah dalam suasan yang gembira.

Pada hari terakhir, 9 Disember 07, kami mengemaskan bagasi kami dan juga bersenam dan bersarapan pagi, dan kami menjalankan penilaian kursus untuk menyatakan perasaan dan komen kami terhadap kem dan kehidupan kami dalam kem. Akhirnya, sampailah pengakhiran kem dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Pengarah Belia dan Sukan, En Vijayan Kumar A/L Nadarajan, En Adnan dan En Rosli. Selepas tamat, kami telah bergambar dengan peserta-peserta dan urusetia untuk sebagai kenangan manis dalam memori kami.

Pada 1.30pm, barulah kami balik ke Pejabat Belia dan Sukan dengan perasaan yang keberatan. Sekianlah laporan tersebut.

Laporan disediakan oleh,
Ng Kean Wei