Paintball Rakan Muda Game

|





Pertandingan Paintball

Kelab Rakan Muda telah menganjurkan satu aktiviti di Klinik Paintball. Terdapat pelbagai kawasan telah menyertai aktiviti tersebut. Kelab kami telah menghantar 4 peserta untuk menyertai aktiviti tersebut. Pada pukul 9.30 pagi, kami telah sampai di situ dan aktiviti tersebut bermula pada pukul 10 pagi.

Tepat pukul 10 pagi, aktiviti tersebut dimulakan dan kami diberitahu tentang aspek-aspek yang perlu dijagai semasa bermain paintball. Peserta dilarang meninggalkan tapi keselamatan dan peserta juga dilarang menembak peserta pada jarak yang dekat. Sebelum permainan dimulakan, peserta-peserta dibahagi kepada 7 orang sepasukan.

Semasa permainan dimulakan, peserta-peserta berlari-lari dan menembak musuh mereka. Ada pula yang bersorok-sorok kerana takut ditembak. Kami telah bermain“bermati-matian”dan 3 orang peserta daripada kelab kami mengalami kecederaan pada kaki, tangan dan badan.

Selepas diberi peluang bermain 3 kali menentang pasukan-pasukan yang berbeza, kami juga menerima sehelai baju kemeja berwarna biru yang bercetak perkataan “paintball”di belakang baju itu. Selepasitu, kami pun pulang pada pukul 12.00 petang.


Laporan disediakan oleh
Ong Kean Tatt

0 comments: